Trip Kenyir

Trip Urang-Aring  Ujang 2016

This slideshow requires JavaScript.

Trip memancing di Sungai Cacing, Tasik Kenyir selama 3 hari 2 malam antara pengalaman yang tak dapat dilupakan. Kami mengikuti pakej dari Ketua Trip dikenali Brader Ujang atau nama glamour nyr Ujang Budak Minang  atau lebih famous lagi Kartunis Ujang. Perjalanan dari KL ke Tasik Kenyir lebih kurang 6 jam dan terus ke jeti di Pengkalan Gawi. Menaiki bothouse perjalanan selama 4 jam dari jeti Pengkalan Gawi ke Sungai Cacing. Port yang memang best la brader ujang ngn team bawak kami.

Bermalam di bot house dan malam pertama program santai memancing dan bbq. Hari kedua tracking ke Sungai Cacing dari pagi sampai petang tempat yang tersimpan dalam Hutan Simpan Negara dan dah tentu kami pun macam kaki pancing lain ‘Misi mencari kelah’ dan adalah dapat sikit dari takde langsung kan..tgk gambar nanti ye. Malam Kedua pun macing sampai lebam dan hari ketiga lepas sarapan terus gerak balik ke jeti semula.

Ini trip kali kedua sebenarnya aku pergi tapi trip kedua ngn brader ujang ni memang terbaik.. bukan setakat port memancing yang best dia bawak tapi makanan yang dorang masak pun sodap baiii tu..pakej 3 hari 2 malam dengan makan sekali..memang terbaik..kalau bukan kaki pancing pun sebenar nyr boleh ke sana sebab xmemancing pun dah enjoy dengan kedamaian dan ketenangan di Sg Cacing. Macam2 aktiviti yang boleh dilakukan..nak dengan tak nak je nak buat. Sapa nak tengok ninja sejati untuk trip kami pergi ni.saksikan…korang klik Ninja Sejati Trip Urang-Aring Ujang 2016

Sapa yang berminat nak ke sana boleh roger brader ujang untuk dapatkan pakej beliau. Dijamin puas hati..’Terbaik bang angg’. macam jenis ikan yang kami dapat. sempat bakar n masak kat bot house dan cukup nak bawak balik rumah lagi..Kat bawah ni adala sikit video aksi yang tak seberapa yang sempat dirakam oleh brader ujang..Aksi Menarik Trip Urang-Aring Ujang 2016.

Selamat bercuti menikmati keindahan Taman Negara sambil memancing..

Layari Lubuk.net atau Lubuk Net untuk info lanjut

Untuk review dari laman sesawang lain. Layari blog Geng Plekong Jorang atau blog Pancing

 

Pesawat Fly Dubai Terhempas

flydubai-terhempas

KUALA LUMPUR: Pesawat flydubai FZ981 terhempas ketika mendarat di bandar Rostov-on-Dov yang terletak di tenggara Rusia, mengorbankan kesemua penumpang dan kru penerbangan jam 3.50 pagi (waktu tempatan), lapor Pusat Kecemasan Rantau Selatan negara itu pada Sabtu.

Kawalan trafik udara dan servis kecemasan Rusia mengesahkan pesawat Boeing 737-800 dari Dubai itu terhempas ketika membuat cubaan mendarat kedua akibat jarak penglihatan yang buruk, lapor portal berita RT.com.

Kementerian Kecemasan Rantau negara itu turut mengesahkan kesemua 55 orang penumpang dan enam kru pesawat malang itu terkorban. Flydubai Airline turut mengesahkan melalui laman Facebook rasminya, pesawat tersebut terhempas ketika melakukan pendaratan.
81458365934_freesize

Ahli keluarga mangsa nahas sedang menunggu berita terkini mengenai nahas tersebut. – Gambar dari APTN

Dalam kenyataan melalui laman sesawangnya, syarikat itu mengesahkan nahas itu mengakibatkan kehilangan nyawa, tetapi tidak menyatakan jumlah mereka yang maut.

Katanya, nahas berlaku pada kira-kira 00:50 GMT (8.50 pagi Sabtu waktu Malaysia) ketika pesawat berkenaan melakukan pendaratan di Lapangan Terbang Rostov-on-Don. Pesawat itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai (DXB) pada 18:20 GMT (2.20 pagi Jumaat waktu Malaysia), katanya.

Flydubai merupakan syarikat penerbangan kos rendah yang beroperasi di Terminal 2, Lapangan Terbang Antarabangsa di Dubai. Klip video di bawah ini antara yang sempat dirakam oleh penduduk sekitar.

 

Sumber daripada Astro Awani dan untuk info lanjut layari laman blog Media Sensasi

Hari Polis Ke-209

 

sambutan-peringatan-hari-polis-ke-209

Setiap tahun kita meraikan sambutan memperingati hari polis pada 25 Mac, dan tahun ini adalah sambutan edisi ke-209.

Alhamdulillah, jika dibandingkan dengan negara-negara lain, Malaysia sememangnya bertuah kerana dikurniakan Allah SWT keadaan persekitaran yang stabil, aman dan damai.

Sebahagian besar daripadanya adalah hasil usaha yang tidak mengenal erti penat dan lelah anggota-anggota Polis Diraja Malaysia dalam menjaga dan memastikan keamanan yang kita nikmati ini terpelihara.

Hari ini, cabaran yang dihadapi Polis Diraja Malaysia dan anggota keselamatan negara untuk menangani keganasan dan marabahaya adalah jauh berbeza jika dibandingkan dengan dahulu.

Musuh negara kini lebih pintar, licik dan tidak dapat dijangka. Anggota-anggota keselamatan perlu sentiasa berada selangkah di hadapan mereka dalam keadaan bersiap siaga, bersedia menghadapi sebarang kemungkinan ancaman keganasan.

Pembendungan, pencegahan adalah lebih penting dan berkesan. Seperti kata pepatah, kita tidak mahu ‘sudah terhantuk baru tengadah’. Kita ingin supaya rakyat Malaysia semuanya sentiasa berada dalam keadaan selamat dan terpelihara sepanjang masa.

Kita lihat dalam berita dan baca dalam surat khabar bahawa terdapat kumpulan dan sel pengganas yang telah ditumpaskan dan diberkas oleh Cawangan Khas, Unit Tindakan Khas dan anggota-anggota PDRM sebelum sempat mereka bertindak mengakibatkan kemusnahan dan kehilangan nyawa, hasil siasatan dan risikan terperinci yang telah dilakukan.

Dalam iklim ketidaktentuan dunia hari ini, Kerajaan telah mengambil pelbagai langkah berjaga-jaga yang perlu seperti menempatkan anggota PDRM di kawasan-kawasan tumpuan rakyat dan pelancong.

Rata-rata ramai daripada kita dapat meneruskan kehidupan seharian seperti biasa adalah kerana di belakang tabir, anggota keselamatan dan risikan negara sentiasa berusaha menangani sebarang ancaman secara cepat dan berkesan.

Mereka tidak melakukan semua ini untuk mendapat pujian. Mereka menyabung nyawa hari demi hari hanyalah kerana mereka sayangkan negara dan ingin ia selamat sentiasa.

Tiba masa untuk kita rakyat Malaysia menghargai pengorbanan yang telah mereka lakukan demi tanah air tercinta.

Saya berdoa semoga semua anggota PDRM dan ahli keluarga mereka sentiasa dalam perlindungan dan rahmat Allah SWT.

Terima kasih dan selamat menyambut Hari Polis ke-209.

 

 

Fenomena El-Nino

Fenomena El-Nino (Cuaca panas/Strok Haba)

 

heat strok haba

Cuaca panas memberi tekanan fizikal kepada tubuh manusia. Kesan terhadap kesihatan boleh jadi dari tahap sederhana (mild) kepada yang boleh menyebabkan maut  contohnya akibat strok haba. Semua orang berisiko menjadi mangsa cuaca panas. Walau bagaimanapun, terdapat kumpulan yang lebih berisiko:

  •  Mereka yang terbabit dengan kegiatan aktiviti fizikal di luar seperti buruh, peladang, ahli sukan, tentera, polis dan lain-lain.
  • Orang dewasa (berumur 40 tahun ke atas mempunyai risiko 10 kali ganda berbanding dengan mereka yang lebih muda).
  • Kanak-kanak berumur 5 tahun ke bawah.
  • Penghidap penyakit sistem pernafasan.
  • Penghidap penyakit darah tinggi, jantung, kencing manis dan penyakit kelenjar tiroid.

Risiko bertambah jika mereka memakai pakaian yang tebal dan ketat yang menghalang haba keluar daripada penyejatan/ pengeringan peluh. Antara kesan dari gejala cuaca panas ini adalah seperti berikut.

  •  Sakit kepala
  • Keletihan
  • Lemah tumpuan
  • Pening
  • Lemah otot–otot atau kekejangan
  • Mual dan muntah

Cara mencegah atau mengurangkan kesan terhadap kesihatan akibat cuaca panas melampau. Anda perlu :-

  • Minum air kosong dengan banyak tanpa mengira tahap aktiviti fizikal yang anda lakukan. Jangan tunggu sehingga anda dahaga.
  • Minum minuman isotonik kerana ia boleh menggantikan garam dan mineral yang hilang semasa berpeluh.
  • Sejauh yang mana yang boleh, anda perlu berada di dalam rumah/bangunan
  • Hadkan aktiviti luar
  • Kerap berehat
  • Mandi atau gunakan kipas angin untuk menyejukkan tubuh badan anda
  • Pakai pakaian yang ringan, berwarna-terang dan longgar.
  • Pakai topi atau payung yang besar

Elakkan daripada

  • Minum minuman yang mengandungi kafein, alkohol, atau kandungan gula yang tinggi.
  • Membiarkan seseorang di dalam kereta yang tertutup.
  • Bersenam dalam cuaca panas

Jika anda  mempunyai tanda-tanda masalah berkaitan dengan suhu panas,  ingat tip-tip di bawah ini

  •  Keluar dari kawasan yang panas
  • Tanggalkan pakaian yang ketat
  • Letakkan kain yang basah dan sejuk pada badan
  • Gunakan kipas untuk sejukkan badan
  • Minum air setiap 15 minit
  • Dapatkan bantuan jika keadaan tidak dapat dikawal

Sumber daripada Portal Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan

Layari BlogFyna untuk tips dan keterangan lanjut.

Tahniah, Khairul Idham!

Khairul Idham Cipta Sejarah Juarai Moto3 GP Argentina

pawi3

Pelumba Malaysia, Khairul Idham Pawi, 17 tahun melakar sejarah sukan pemotoran negara apabila merangkul trofi juara Moto3 pada Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) di Grand Prix Argentina awal pagi Isnin.

“Saya sangat gembira dengan kejuaraan kali pertama ini.

“Saya mencuba yang terbaik dan kekal fokus untuk terus mendahului pelumba-pelumba lain.

“Keadaan jentera yang sangat memuaskan telah memberi saya keyakinan untuk terus bersaing,” jelas Khairul Idham kepada motoGP.com selepas perlumbaan.

Lebih mengejutkan, pelumba rookie dari pasukan Honda Team Asia berusia 17 tahun itu tanpa rasa gementar memecut jenteranya untuk mengetepikan pelumba-pelumba yang lebih berpengalaman pada penampilan ketiga siri perlumbaan dunia ini.

Khairul Idham menamatkan perlumbaan dengan mencatat masa terpantas 41 minit 35.452 saat ketika aksi di Litar Termas de Rio Hondo itu sekaligus 26 saat meninggalkan pelumba Sepanyol, Navarro (Estrella Galicia 0.0) serta Brad Binder (Red Bull KTM Ajo), 42m 5.791s.

Keadaan litar basah pada perlumbaan itu membuatkan pelumba-pelumba sukar untuk membuat pilihan terbaik sehingga minit terakhir perlumbaan dan ternyata percaturan yang dibuat pasukan Khairul Idham membuahkan hasil.

Sementara itu, Niccolo Antonelli dari pasukan Ongetta-Rivacold yang kini mendahului kedudukan keseluruhan pelumba, hanya menamatkan saingan di tempat ke-10, kelebihan tiga saat di atas seorang lagi pelumba negara, Adam Norrodin (Drive M7 SIC Racing Team) yang berada di tempat kesebelas.

Manakala rakan sepasukan Adam, Jakub Kornfeil berjaya berada dalam kelompok sepuluh terbaik dengan menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-9.

 

Layari Mstar untuk berita penuh

Pemakanan Sihat

TIPS MAKANAN SEIMBANG

piramid%20makanan

Pilih makanan harian anda daripada gabungan pelbagai makanan berdasarkan Piramid Makanan Malaysia.

Mesej Utama 1

Cara mencapai saranan

  • Pilih makanan daripada lima kumpulan makanan berdasarkan Piramid Makanan Malaysia untuk memastikan anda mendapat semua nutrien yang diperlukan.
  • Pelbagaikan jenis makanan dalam setiap kumpulan makanan dalam hidangan anda.
  • Pilih caramemasak yang lebih sihat seperti mengukus, memanggang, membakar, merebus dan kurangkan menggoreng serta penggunaan santan dalam masakan.

Mesej Utama 2

Kekalkan berat badan dalam lingkungan yang sihat dengan mengimbangkan pengambilan kalori dengan aktiviti fizikal. Indeks Jisim Tubuh (IJT) dalam lingkungan yang sihat iaitu 18.5 hingga 24.9kg/m2.

Cara mencapai saranan

  • Makan mengikut saranan kalori berdasarkan umur, jantina dan tahap aktiviti fizikal anda.
  • Lakukan aktiviti fizikal setiap hari.
  • Kurangkan aktiviti sedentari (tidak aktif ).
Mesej Utama 2

Bergiat aktif setiap hari dengan pelbagai cara.

Cara mencapai saranan
  1. Sentiasa berusaha untuk melakukan lebih aktiviti fizikal harian sebagai satu cara bersenam. Fikirkan bahawa setiap gerakan yang dilakukan adalah satu cara untuk meningkatkan kesihatan dan bukan sesuatu yang menyusahkan.
  2. Untuk menjadi lebih aktif, lakukan aktiviti berikut pada bila-bila masa:
  3. Pilih untuk menaiki tangga daripada menggunakan lif atau eskalator.
  4. Pilih untuk berjalan ke kedai, surau atau tempat-tempat ibadat yang lain daripada memandu.
  5. Lakukan kerja rumah secara manual seperti menyapu dan mengelap lantai serta membasuh kain dengan tangan daripada menggunakan mesin automatik.
  6. Letakkan kenderaan jauh sedikit dan berjalan kaki ke tempat yang dituju.
  7. Berkebun seperti mengalihkan pasu atau mencantas pokok bunga.

Lihat panduan diet dari Kementerian Kesihatan Malaysia.

Lihat maklumat dan kepentingan pemakanan sihat hasil perkongsian daripada blog Encik Mohd Zunaidi Bin Ismail – Kepentingan Makanan Berkhasiat.

Selamat mencuba dan semoga berjaya..

 

 

 

 

Projek K.A.M.I

KUALA LUMPUR 11 Mac – Seramai 63 pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM) cawangan Kuala Lumpur menjayakan projek kemasyarakatan, Keprihatinan Aspirasi Pencetus Inspirasi (K.A.M.I) bagi membantu anak yatim dan asnaf yang memerlukan di Pusat Rau­dhatul Al-Faeez, Gombak di sini.

Antara pengalaman yang telah kami timba di dalam kursus Pembangunan Masyarakat 3 yang mana disamping dapat memenuhi kriteria pembelajaran tetapi kami juga dapat menjalankan tanggungjawan sosial dalam kemasyarakatan. Semoga dengan progam ‘K.A.M.I’ ini sedikit sebanyak dapat membantu dan meringankan beban penghuni serta tenaga pengajar di Pusat Raudhatul Al-Faeez, Gombak.

image

Pengarah UUM KL, Dr. Ahmad Rizal Mazlan (duduk, tengah), Penyelaras projek UUM, Pn Siti Aisyah (duduk kanan), Pengarah projek, Rizal Mohd Dan (duduk kiri) bersama pelajar UUMKL dan penghuni Pusat Raudhatul Al Faeez selepas menyertai Projek Pembangunan Masyarakat 3

Di kesempatan kesibukan menjalankan projek ini sempatlah pihak kami megambil sedikit gambar dan video sebagai kenangan buat kami dan untuk suntikan semangat kepada pelajar lain di luar sana untuk menjayakan program kemasyarakatan seperti ini.

 

Projek ‘K.A.M.I’ telah mendapat liputan dari pihak RTM dalam rancangan  Selamat Pagi Malaysia – Bingkisan Projek K.A.M.I.

Semoga program kemasyarakatan seperti ini dapat diteruskan oleh semua pihak tidak kira mengira bangsa dan agama untuk kebaikan bersama. 

 

What Our World Have Become

Bombs in Turkey are part of this same sad tale – 

Flowers and messages at the site of the Istanbul suidice bombing on 21 March 2016.

Brussels, in its miserable way, was part of an emerging media routine. Get your TV news anchors there on the shattered streets. Sweep other stories aside for the duration. (I particularly like the C4 reporter who told Matt Frei, just a few kilometres away, that nothing much was happening in Molenbeek except for rather a lot of policemen and journalists walking up and down.)

Naturally, in this atrocity round, there were EU referendum links, and naturally all the usual suspects made them – which meant that the “equivalence” argument from the Paris attacks had to come into question. What was the point of pretending that dozens dead in a French or Belgian capital wasn’t more a story than a similar onslaught in Beirut? Emotion and experience decide that issue.

Except that news is much more than emotion. News needs the entire picture. Turkey has seen three bombings in a few months: 36, 27 and 106 dead. Turkey stands at the other end of Europe’s migrant chain. President Erdoğan and his government don’t evoke much warmth in newsrooms because they’re idiotically keen on locking up journalists and manipulating the news. But the Turks are more than media bullies here. They are also Nato allies under intolerable stress. They are a direct part of the Brussels and Paris story. And that is a story – as Erdoğan wouldn’t say – that needs telling whole: not merely moral equivalence, but necessary understanding.

Source from The Guardian

 

 

World War Three may have already begun in Iraq and Syria

Soldiers take pictures as flame and smoke are seen following air bombardments during the Northern Thunder exercises, in Hafr Al-Batin, near Saudi Arabia's border with Iraq, March 10, 2016.    REUTERS/Abedullah al-Desori EDITORIAL USE ONLY. NO RESALES. NO ARCHIVE       TPX IMAGES OF THE DAY - RTSA6KG

The recent death of a Marine in Iraq exposed the fact the United States set up a firebase there, which in turn exposed the fact the Pentagon misrepresented the number of American personnel in Iraq by as many as 2,000. It appears a second firebase exists, set up on the grounds of one of America’s largest installations in the last Iraq war. Special operations forces range across the landscape. The Pentagon is planning for even more troops. There can be no more wordplay: America now has boots on the ground in Iraq.

The regional picture is dismal. In Syria, militias backed by the Central Intelligence Agency are fighting those backed by the Pentagon. British, Jordanian and American special forces are fighting various enemies in Libya, which, as a failed state, is little more than a nascent Iraq likely to metastasize in its neighbors.

But Iraq remains the center of what Jordanian King Abdullah now refers to as the Third World War. It is where Islamic State was birthed, and where the United States seems to be digging in for the long haul.

Though arguably the story of Islamic State, Iraq and the United States can be traced to the lazy division of the Ottoman Empire after World War One, things truly popped out of place in 2003, when the U.S. invasion of Iraq unleashed the forces now playing out across the Middle East. The garbled post-invasion strategy installed a Shi’ite-dominated, Iranian-supported government in Baghdad, with limited Sunni buy-in.

Sectarian fighting and central-government corruption favoring the Shi’ites drove non-ideologues without jobs, and religious zealots with an agenda, together. Clumsy policy cemented the relationship. A senior Islamic State commander explained that the prison at Camp Bucca, operated by the United States, was directly responsible for the rise of the violent, theocratic state inside the divided, but then still largely secular Iraq. “It made it all; it built our ideology,” he said. “We could never have all got together like this in Baghdad, or anywhere else.” So, first came al Qaeda in Iraq, followed by its successor, Islamic State.

Fast-forward through about a year and half of  Washington fear-mongering (that caliphate, those lone wolves), as well as the terror attacks in Paris and Brussels,  and America’s re-entry into Iraq moved quickly from a Yazidi rescue mission to advisors to air power to commandos to today’s boots on the ground.

Even if Islamic State is destroyed (as every American leader or potential leader has promised), the problems in Iraq, Syria and virtually everywhere else in the Middle East would still plague the rest of the world. Islamic State is a response, and its absence would only leave a void to be filled by something else. The root problem is the disruption of the balance of power in the Middle East, brought on by a couple of regime changes too many.

The primary forces that the United States are supporting to attack Islamic State in Iraq’s Sunni territories are Shi’ite militias. Though they have been given a new name  — Popular Mobilization Units — that does not change who they are. One particularly horrifying example: A Shi’ite fighter asked his Instagram viewers to vote on whether or not he should execute a Sunni prisoner.

Washington clings to the hope that the militias and the U.S. administration are united against a common foe – the bad Sunnis in Islamic State. The Iranians and their allies in Baghdad, who are also supporting many of the same militias, are more likely to see this is as a war against the Sunnis in general.

As for any sort of brokered settlement among the non-Islamic State actors in Iraq, if 170,000 American troops could not accomplish that in almost nine years of trying, retrying it on a tighter timetable with fewer resources is highly unlikely to work. It is unclear what solutions the United States has left to peddle anyway, or with what credibility it would sell them, but many groups will play along to gain access to American military power for their own ends.

With no change on the horizon, it seems likely that President Barack Obama’s successor will be inheriting, in the words of one commentator, a “bold new decade-old strategy” that relies on enormous expenditures for minimal gains. The question that needs to be asked is: If war in Iraq didn’t work last time, why will it work this time?

Source from Reuters

PULAU MABUL

Percutian pendek di Pulau Mabul, Samporna, Sabah dengan pelbagai aktiviti yang telah aku ikuti. Makanan laut yang segar-bugar dengan harga yang murah betul. Dekat tempat lain “xdapat hargo ni doh jang oii..” Kalau nak beli makanan laut yang fresh kena bangun pagi lebih kurang dalam pukul 8.00 pagi sebab nelayan terus datang kat tepi chalet nak borong hasil laut dorang..masa ni sapa yang bijak dan manis berkata-kata untuk lawan harga dapat la murah..

Pengalaman paling best kat Pulau Mabul dan tak dapat dilupakan..Diving Scuba Jeff memang terbaik. Pakej yang disediakan murah dan terbaik. Dengan jurulatih yang sempoi dan pakej yang kami ambil ni complete dengan chalet dan makan minum termasuklah sarapan, makan tengahari dan makan malam pakej 3 hari 2 malam. Memang terbaiklah! pemandangan yang indah dan tenang menghilangkan semua masalah. Bagi sesiapa yang tidak pernah melihat budaya kehidupan masyarkat bajau laut, berkunjuglah ke sini kerana anda sendiri akan mengalami cara hidup masyarakat bajau laut dan boleh melihat sendiri di depan mata anda.

This slideshow requires JavaScript.

Ni ada lah sikit video yang sempat dirakam oleh trip guide kami masa tengah diving. Walaupun tak sehebat aktiviti diving orang lain tapi adalah sikit pengalaman diving di Pulau Mabul..Penyu tu memang port dia kat situ..lentok baek punya..Cuba teka dimana saya haaaa…

 

Layari Mabul Island untuk maklumat lanjut.

Untuk review daripada laman sesawang yang lain, layari  blog Sipadan Borneo atau blog Underdog In The Crowd

Semoga secebis catatan saya ini membantu anda untuk ke sana 😉

 

Salam Perkenalan

Salam perkenalan dari aku untuk kalian. Semoga kalian sentiasa berada dalam lindungan rahmat yang Maha Kuasa.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa di halaman yang tak seberapa ini. Semoga apa yang aku kongsikan dapat memberikan sedikit manfaat kepada kita bersama.

Sekian.

Zainal Abidin Bin Mohd Ali
237054
Universiti Utara Malaysia Kuala Lumpur

Painting On Scars

"If you want to change the world, who do you begin with: yourself or others?" - Solzhenitsyn

The Writingwolf: Words and Wonders

The words and wisdom of a wondering writer.

Discover WordPress

A daily selection of the best content published on WordPress, collected for you by humans who love to read.

The Daily Post

The Art and Craft of Blogging